Sunday, September 11, 2016

Yang Menarik di Kuching Sarawak ~ Part 1

Sebenarnya entri ni patut aku tulis dalam tahun 2015 lagi. Sebab kejadian nya adalah dalam tahun 2015. Adoi, berlapok gile blog aku ni ha. Kalau ada pembaca setia mesti berzaman tunggu nak dapat baca cerita terbaru aku. Haha. Masalahnya ada ke pembaca setia?

Bulan November 2015 lepas kazen aku kawen dengan orang Sarawak. Kalau org/member2 yang kenal aku memang dah tau betapa sebatinya jiwa aku dengan Sarawak. Haha. Tak payah lah cite pasal aku dan Sarawak. Ni nak cerita aku pegi kenduri sebelah perempuan. Tujuan trip kali ini adalah untuk memeriahkan lagi rombongan belah lelaki. Maklumlah, parents aku dah biasa sgt dengan Sarawak ni, to be specific, Kuching. Adik ayah aku punya anak yang nak kawen ni, jadi sebagai bapa sedara yang paling tua moral support lah anak sedara nak nikah ngn orang Sarawak ni.

Kejadian nya aku lupe lah brape haribulan. Tapi yang aku ingat rasanya bulan November flight parents aku ngn 2 adik perempuan aku is ari Jumaat and flight aku, encik izwan n kee hari Sabtu. Biasalah encik izwan mana boleh nak cuti ari Jumaat. Sabtu cuti pn org pandang atas bawah atas bawah. Kerja dengan Jepun macam tu lah.

Nasib encik sado ada..ahaha. Hakak tak larat beb angkat!

Kitorang punya flight Sabtu tu pukul 7pagi macam tu. Memang saje aku amek flight pagi2 sebab akan dapat banyak masa kat Kuching nanti. Dah plan mcm2 dalam kepala otak ni. Haha. Sampai Airport Kuching dalam pukul 8.45 pagi macam tu. Kazen aku yang bakal pengantin lelaki tu dah ada tunggu sana. Sebenarnya kitorang plan nak sewa kereta sebab nak jalan sendiri je, senang. Jalan dari pagi sampai malam pun sendiri punya hal tak terikat dengan sape2. Sekali kawan lama parents aku offer pakai je kereta diorang sebab ada extra kereta. Wah! Ini memang seronok. Jimat duit sewa kereta. Happy gile!
Muke masing2 muke ngantok!

Selamat sampai Airport Kuching. 1 beg tu barang utk 3 orang! malas aku nak byk2 beg haha.


Pendekkan cerita, lepas je turun flight, kazen aku amek dan kitorang terus pegi rumah kawan lama parents aku untuk amek kereta yang di offer kan tu. Viva la vida! ok la daripada tak ada kan? Sebelom amek kereta tu sempat lagi pegi sarapan. Kawan parents aku bawak kitorang sarapan. Aku memang aim Mee Kolok. Encik Izwan pun sama nak rasa Mee Kolok. Memang tak menghampakan lah!
Makanan pertama jejak je Kuching! Mee Kolok. Padahal masa ni aku baru lepas operate tonsil dalam 1 minggu. Lenjan je makan.


Lepas sarapan, amek kereta then berdesup pegi rumah kawan mak aku yang lain sebab nak beli kek lapis. (Ramai gile kawan mak bapak aku kat sana..haha). Mak aku dah tunggu sana tu ngn pakcik makcik aku. Masih belom balik rumah homestay ni..gigih betol planing masa tak nak ada seminit pun dibuang begitu sahaje. Sampai rumah yang buat kek lapis tu..omaigad, chiller 6 pintu penoh macam2 kek lapis. Dekat RM150 gak aku belasah amek. Tak ingat brape loaf huhu. Pilih tak sedar diri dengan alasan nanti nak kasi kawan2.

Hah! Nampak tak chiller tu? Tu bukan dalam kedai tau..tu dalam rumah! Untung kan wat bisnes dlm umah je. Yang berlonggok2 tu bukan aku punya sorang eh. Mak aku sekali. Haha


Settle hal kek lapis baru lah zaass balik homestay. Masa tu dah pukul 12.30 tengahari. Dapat recharge luruskn badan sikit, charge handfon, solat Zohor (nasib zohor awal..sebelom kol 1 dah azan). Siap semua, berdandan balik terus keluar lagiiii.. Aku, encik izwan, Keemi dengan 2 adik prempuan aku kluar plan pegi Matang Wildlife Center. Konon nak ajak Kee pegi tengok orang utan. Beriya aku cakap nanti leh pelok2 orang utan tu.

Tiket tak mahal mane lah. Dewasa RM3. Kanak2 bawah bawah 12 dalam RM1 kot aku lupe. Yang penting Kee FREE. Haha

Nak tau ape yang best kat Matang Wildlife Center?

Nanti eh aku sambung.

\>_</

Sunday, October 11, 2015

SMSSM AWARD SAHAJIDAH HAI-O

Salam and hi!

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt. Walaupn amek masa agak lama berbanding kawan2 yang lain, akhirnya dpt jugak impian untuk naik pentas! Bukan senang nak dapat naik pentas mcm ni siap dengan dapat bunga lagi. Seingat saya lah, last naik pentas is masa konvo degree dulu tahun 2009. 6 tahun yang lepas kau!

Apa itu SMSSM award? SM adalah Sales Manager dan SSM adalah Senior Sales Manager. Nak dapatkan SM ni sales kita perlu cecah RM20,000 dan untuk SSM sales kita kena cecah RM60,000. Wah, main ribu-ribu nampaknya! Ye la, untuk dpt untung besar, jualan pn mesti lah besar kan! And sebenarnya tak susah untuk achieve kalau betol kita nak. Leader banyak bagi tips dan cara-cara. Kita je yang nak atau tak untuk walk the talk.

As for me, dapat achieve sales RM20k in 6 month tu sangat bermakna. Ada partners yang boleh complete within 4 months. It is basically on us. Kita yang tentukan panjang mana masa yang kita nak amek untuk complete kan each level. Ala, macam main Candy Crush dulu la. Kalau hari2 kita main, dapat lah kita ke next stage yang lebih tinggi kan? Kalau kita stop tak jalan la game kita tu kan? Sama je konsepnya. Atau erti kata lain, siapa rajin dapat lah, siapa malas melepas lah.

Bila dapat pangkat SM ni percentage bonus pun bertambah sikit as compared to pangkat yang rendah sikit sebelum ni. Lagi tinggi pangkat lagi tinggi lah bonus kita. Haa gitu. Sama la mcm kat tempat keje kan? Lagi tinggi pangkat tinggi lah gaji. Cuma yang menarik bisnes ni, bonus dapat dan untung runcit pun dapat. Berganda lah income yang kita dapat gituu.

Impian saya lepas ni nak complete pangkat yang seterusnya. Semoga Allah memudakan urusan perniagaan sampingan iols ni. Jom saya belanja gambar sikit!

Nampak kurus berkain duyung cenggini..ihik!

 Oh double chin tu wajib dihapuskan!

Dua beradik ni adalah my leader.
Kiri DSM Fali
Kanan CDM Norain 


Part of the business partner in GLAM


Thanks sudi baca blog saya!
See you in next entry!


Friday, September 4, 2015

6 menu menarik dari Cafe Racer by Grillbar

Salam All!

Kali ni saya nak bercerita tentang Cafe Racer by Grillbar yang terletak di Jalan Pingai, Taman Pelangi Johor. Dekat sangat dengan Leisure Mall. Zaman sekolah dulu memang rajin ke Leisure Mall ni. Tapi abes je sekolah, Leisure Mall bukan lah pilihan untuk dilawati. Kenapa? Ha ha.. entah lah. Mungkin dah banyak tempat2 yang lebih menarik sekarang ni.

Ok, back to cerita saya. Aritu ayah ada cakap nak belanja anak-anak dia makan. Dan biasa nya saya ditugaskan untuk cari tempat menarik dengan pilihan makanan yang agak menarik serta harga yang berpatutan. Ternampak orang post tentang Cafe Racer by Grillbar ni kat Facebook dan tertarik pulak nak pegi. Mestilah nak tau mcm mane interior dan menunya kan. Since kami pergi pada hari malam hari Merdeka, saya buat tempahan awal2 meja untuk 9 orang. Risau kalau tak buat tempahan nanti hampa pulak. Ayah ni jenis yang teratur, semua nk kena in place. So dont ruin his mood nak belanja. He he he..
Gambar dari Google

Gambar dari Google

Kami janji jumpe kat Cafe tu jam 8.30 malam. Tapi saya anak beranak sampai dulu since kami dari rumah mertua kat Pandan, terus lah ke Pelangi. So kami masuk dulu order ape yang patut. 

Interior

Interior Cafe Racer ni sangat lah cozy. Cafe ni bertemakan motosikal. Nama pun racer kan. So, dalam cafe ni banyak motosikal jenis skuter lama dan banyak helmet! Kalau ada anak kecik yang agak aggresive dan sukakan motosikal kena alert dan aware lah ye. Buka ape, takot2 terbalik pulak motor-motor tu. Matilah naak.. hu hu hu..

Muka happy naik skuter

Kami enjoying our appetizer 

The menu we ate.

Antara 6 menu yang menarik dan sedap!

1. Papa's Beef Pie 

- Disebalik pie besar tu ada inti daging yang sangat lembut dan sedap! Pie crust dia pun mmg enak. Disajikan dengan mashed potato n sauce.Yang ni ayah yang order.

2. Classic American Jerk - Beef

- Yang ni encik suami yang order. kami kongsi 2 orang. Patty tu dibuat sendiri and sauce dia mmg wallah!

3. Racer's Beef Stew

- Beef Stew yang lembut sangat. Rasa mmg cukup. Cicah pulak dengan roti garlic. Mmg meletop!

4. Cajun Style Quater Chicken

- Yang ni adik bongsu yang order. Ayam di memang lembut! Sauce dia kena sgt dengan ayam yang di grill tu.Sape yang suka ayam boleh cube yang ni.

5. Moo Moo Spicy Spaghetti

- Spaghetti bersama hirisan daging lembu. Memang combination yang menarik! Saya memang peminat spaghetti and saya suke rasa dia yang tak muak sangat.

6. Streaky Beef Carbonara Spaghetti.

- Ini mak yang order. Mak memang suka carbonara. Setiap kali kami pegi makan ramai2 mak mesti amek carbonara. Suka betol. Agaknya rasa macam laksa kelantan kot. Heheh. Yang ni pun sedap bagi yang suka spaghetti.


Apa yang menarik kat cafe ni is dia akan tinggalkan menu, pensil dan kertas order untuk kita order daaaaannn.. loceng ice cream! bila dah betol2 ada final order kita bunyikan loceng ice cream tu and waiter akan datang. Masak ok saya berperang dengan Keemi supaya tak bunyikan loceng tu sebelom masanya. Mengamok waiter nnt. Ha..Ha..ha. So sape yang anak yang suka loceng tu berjaga2 ok.

Selamat mencuba!

-Yatt Ahmed

Idea Pembelajaran Untuk Anak Kecil

Salam All!

Entri kali ini saya nak bercerita tentang idea pembelajaran untuk anak kecil seawal usia 3 tahun. Pembelajaran yang macam mana ek? Kali ini saya nak tumpukan learning process on a few public transportation. Kita terlalu biasa bawak anak kita naik kereta  atau motosikal kan?. Sekali sekala kita boleh lah invest sikit untuk bawak anak kita naik public transport.


Usha dulu ape ada kat luar, biasalah pertama kali.

Biasa anak sekecil 3 tahun ni dah tau a few transport macam kapal terbang, keretapi, bot, bas, lori dan mcm2 lagi. Mesti dorang dah tak berapa nak excited dengan kereta atau motosikal sebab hari-hari pun dorang dan naik kan. So, once in a blue moon kita invest sikit duit dan masa untuk tunjukkan pada anak kita macam mane rasanya naik kenderaan2 selain yang dorang biasa naik. Memang seronok!

Kali ni saya bawak anak saya Izzrul Hakeemi naik kapal terbang. Dah lama dah dia cakap nak naik kapal terbang sebab setiap hari kami akan lalu billboard Air Asia yang terpampang gambar kapal terbang and stewardess dorang tu. Setiap kali itu jugak lah saya akan cakap nanti kita beli tiket dulu ok? and dia akan cakap satu untuk baba, satu untuk ibu, satu untuk keemi!  Bila ditanya nak pergi mana naik kapal terbang? Jawab nya, nak pergi atas langit la ibu! Anak zaman sekarang. Hihihi..

Keemi nak naik kapal terbang!

Happy face!

Bila cakap kapal terbang je mesti org fikir mahal nya! Tapi now 'Everbody can fly' kan?. Sebenarnya kalau pandai follow trend harga tiket kat website Air Asia tu banyak tiket murah yang kita boleh dapat. Kalau kita fikir nak 1st class hospitality memang MAS is the best lah! Dari kecik saya naik MAS and saya tau betapa servis MAS tak pernah mengecewakan. Semua pramugara and pramugari dia sangat lah menyenangkan.

Back to cerita saya tadi, oleh kerana kami cuma fikir nak bawak Keemi merasa mcm mane kapal terbang take off, mcm mane rasa berada atas langit melihat awan yang putih berkepok2 dan nak rasa mcm mane kapal terbang tu landing jadi kami pilih airlines yang murah je la. Memang murah! Tambang JB-KLIA is RM39 seorang. So pergi balik dalam RM78 seorang. Murah kan? Cuma kat sana perlu cari hotel bajet dan perlu sediakan duit transportation. Kami parking kereta kami dekat parking lot airport Senai.


Permandangan yang saya sangat suka dari dulu. SubhanaAllah.

Enjoying his Kit Kat at 30,000++ ft above the sea.


Kami pegi 1 hari 1 malam je sebab memang fikir just nak bawak Keemi merasa naik flight so tak perlu lah lama-lama. Flight kami dari JB is on Saturday 6.30pm (tunggu encik suami balik keje dulu) dan sampai Sepang dalam 7.30pm. Pertama kali saya nak landing kat KLIA2 which orang kata besar dan macam shopping kompleks. Memang betol, ramai yang datang jalan2 and shopping kat situ. Meriah sangat and i believe orang yang delay tu tak la bosan tahap gaban mcm zaman saya kecik dulu. Haha..

Sampai ke KLIA2 tu kami jalan je ikot orang ramai yang turun dari flight sama dengan kami. Sampai lah kami jumpe kaunter tiket teksi. Saya tunjuk alamat hotel kami dan kos teksi ke hotel tu RM42.40. Saya tak terkejut sangat lah dengan kos teksi tu sbb biasalah teksi airport kan dah dijadualkan mengikot sistem. So, awal2 sila lah prepare duit pengangkutan ye! Keemi happy betol naik teksi. Ibu, kita naik kereta sape ni? Pelik agaknya sebab selalu baba dia yang drive, ibu duduk depan dan hanya dia duduk bahagian belakang. Tapi kali ni kami 3 beranak duduk belakang. Kita naik teksi! saya jawab happy. Keemi senyum smpai telinga. Kita naik teksi eh? Ibu duduk sebelah sini, baba duduk sebelah sini..kita naik teksi! See, pembelajaran telah berlaku. Sebelum ni dia cuma tunjuk je teksi. Now dia tau dan merasa naik teksi.


Kami menginap kat hotel murah je. Youniq Hotel kat area Admal Aviation Collage. Ok lah untuk satu malam. Tapi kalau bermala-malam saya tak suggest untuk menginap kat hotel ni sebab tak ada entertainment pn dan jauh dari pusat komersial. Boleh mati kutu. hehe.Malam tu kami enjoy baring-baring kat bilik je sambil tgk tv dan fikir esok nak pegi mana. Haha.

*
*
*
*

Ahad 30 Ogos 2015

Hari ni kami akan check out. Sebelum tu kenalah sarapan dulu kan, kalau tak nanti melepek pulak masing2. So, siap2 and kami turun jalan cari kedai ape yang ada. Oh, ada mamak! Mamak is everywhere kan sekarang ni. Jadi sarapan ala mamak lah kami pagi tu. Sempat juga kami amek gambar depan aviation collage tu.Kalau tak kerana duduk hotel tu rasanya tak tau situ ada aviation collage.



Lepas sarapan tu kami decide untuk check out dalam pukul 11 pagi. Destinasi kami nak pegi is Mitsui Outlet Park. Sebenarnya malam semalam tu kami dah nampak Mitsui ni dan mcm menarik je untuk dikunjungi. Lagipun rasanya itu je pusat beli belah yang ada kat area Sepang yang berdekatan dengan KLIA2 tu. So, kami minta hotel sediakan teksi. Mula-mula ingat kereta. Rupa-rupanya van hotel tu. Seronok jugak naik van! Dapat jugak Keemi merasa naik van. Hehe. Ibu semalam kita naik teksi, harini kita naik van. Bestnyaa..Kee suka! Sepanjang dalam van tu asek pukul canang cakap Abang, kita nak naik kapal terbang! Biasalah budak.. Hehe.

Dalam 15 minit tu kami sampai Mitsui Outlet Park (MOP). Encik suami kata, Kita ada the whole day kat sini before flight. Haha. memang penoh tangan la. Apa yang saya nampak, Mitsui ni tak lah macam Johor Pemium Outlet (JPO). MOP ni barang dia lebih middle end and affordable. Mcm JPO tu is high end which kebanyakkan nya branded item yang tak semua mampu milik.So, ada lah beberapa benda yang kami shopping kat MOP tu. Harga pun berpatutan lah dengan kocek kami. Kikiki. Yang paling bersyukur tu is ada sewa stroller secara percuma kat sana. Alhamdulillah! kalau tak mau pening layan kerena Keemi kalau penat berjalan. Happy betol dia dpt naik stroller walaupun dia tahu tu bukan stroller dia.


Dari pukul 12 tengahari smpailah 4.30 petang kami dekat Mitsui tu.Puas jugak lah pusing-pusing 2 tingkat.Dan puas tu kami pun pulangkan stroller dan tanya macam mane nak dapatkan mana2 pengangkutan ke KLIA2. Alhamdulillah ada free shuttle bus ke sana. Happy betol Keemi dapat merasa naik bas! Apa je yang dapat membahagiakan kita selain dari dpt tgk anak happy? No one can deny it!


It took less than 15 minutes to reach KLIA2 from Mitsui Outlet Park. Memang tak jauh pun. Allhamdulillah kami dah selamat sampai KLIA2 and waiting for out flight at 6.55pm to JB. Sementara tunggu flight tu, kami ada dalam 1 jam 30 minit kat situ. Siap makan, refresh sket dengan Boost, solat then check in ke balai berlepas. Menunggu di ruang menunggu dengan anak kecil berusia 3 tahun ++ memang mencabar. Biasalah budak cepat bosan. Jadi kesabaran tu memang kena gandakan sikit. Hehe.

Kali ni Keemi collapse. Mungkin seharian tak tido kot. Masuk je flight, lepas take off dan signal seat belt padam Keemi minta susu. Saya bancuhkan susu, naikkan penyendal tangan antara seat saya dan Keemi then baringkan Keemi kat peha. Tak sampai 5 minit dia padam. Hehehe. Sampai landing pun dia tak sedar. Bukan setakat landing je dia tak sedar, time turun tangga kapal terbang, lalu kat kipas kapal terbang tu pun dia bantai tido tak sedar. Kehkehkeh. Penat sangat la tu.


Overall, this time Keemi dapat merasa naik kapal terbang, teksi, van dan jugak bas. Seronok lah bila kita dapat buat anak kita happy. Sekali sekala do invest some money and time utk anak kita. Yes money can't buy happines, but u need money to buy things to make your kids happy!

See you in the next entry!


-Yatt Ahmed








Friday, August 28, 2015

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE ~ Pengalaman Pertama * Part 2

Salam all..

Last entri kita stop dekat Far Far Away kan? So, ke mane seterusnya? Lepas siap nak rollercoaster tu kami terus ke Jurassic Park! Tempat yang Keemi paling suke sebab dia adalah peminat dinosaur! Actually banyak lagi yang kami tak lawat dekat Far Far Away tadi tu, tapi since kami kejar masa so kami just enjoy yang main game je kat setiap point. Meh iols belanja gambar kat Far Far Away tu..

Keemi kalau posing mmg Win!

Keluarga kecil ku..
*
*
*
*
*

Sampai je kat Jurassic Park, mmg menjerit la Keemi happy tgk dinosaur besar2 kat depan entrance tu. Mcm biasa la posing amek gambar is a must! Tapi kat sini not much game yang Keemi boleh enjoy since dia still a toddler and height tak lepas. Its ok, we will return one fine day!
Ape yang Keemi boleh enjoy adalah paw baba beli Dinosaur! Hehe. And dia dapat 2 ekor dinosaur. Harga kat sini mmg a bit expensive as compared to Malaysia(of course). Tapi ape salahnya happykan anak sikit J




Masa mmg agak mencemburi kami la. So lepas beli2  dinosaur tu kami terus ke Mummies The return. Tempat yang agak seram! Design and landscape dia mmg mcm dekat zaman firaun tu. Mmg agak teruja la! Kebetulan Cleopatra keluar masa tu, so ada la peluang ayah nak amek gambar ngan Cleopatra tu. Seksi gile!

Kat sini kami tak enjoy game sgt sbb kat sini more to scary rollercoaster yang jalan dalam terowong gelap. Mmg tak la saya nak mencube! Kami just enjoy naik kereta yang ala-ala jalan kat padang pasir. Just to enjoy the view of Universal Studio. Sbb kat sini boleh Nampak view dari tasik. Mmg cantik!


*
*
*
*

Then kami ke Transformer. On the way ke Transformer tu kami lalu bawah 2 main roller coaster yang sangat laju dan terlalu berpusing-pusing. Memang kalau suruh saya naik mmg tak akan naik lah! To those who really enjoy to dare their capability of handling the fear boleh la naik. Berapa kali mulut ni dok kata YaAllah! Oh my! Oh my! Bila tgk both roller coaster tu ligat berpusing.
Nampak tak simpang siur dia tu??


Sampai je kat Transformers area, kami nampak Bumblebee and Optimus Prime berdiri. Memang besar. Terasa macam real. So kami take the chance to take picture dengan both machine. 

Then kami cube naik simulation Transformers tu. Sbb adik saya yang pernah pergi cakap mesti naik the simulation tu kalau tak memang rugi. So kami bergilir2 naik since Keemi tak cukup ketinggian. Mula-mula ayah naik dengan adik bongsu saya. Bila ayah yang berusia 67 tahun tu keluar and show his thumb sambil cakap best! Maka memang betol la best!



Kami suami isteri pun naik la. And it was super-duper cool!! Terasa kita berada betol2 dikepala autobots tu dan dapat melihat dari sudut mata sebuah robot. Bayangkan la robot tengah berhentam berlawan..terjunam dan mcm2 lagi. Memang sangat mencabar.

Kalau ada rezeki nnt kami nak return lagi. Tak puas sbb tak sempat nak test semua game kat situ. Tapi pengalaman ni memang best la. Untuk yang berniat nak rasa pergi USS ni siapkan stamina anada ok. Pakai flat shoe sbb banyak n luas nak berjalan. Pakai baju yang ringan n nipis sbb cuaca pn agak panas jugak. And bawak air masak banyak2 kalau tak mo beli kat sana ok!

The rest is gambar2 kami kat sana. 

Berlatarbelakangkan bangunan english style..

Mcm kat London je,,hehe.. Padahal tak smpai lagi London.

My Keemi!

With ayah n adik bongsu


Keemi jmpe woodpacker





Till we meet again in other entri!







Friday, June 19, 2015

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE ~ Pengalaman Pertama *Part 1

Salam semua!

Entri kali ni saya nak cerita tentang pengalaman pertama saya and famili ke Universal Studio Singapore. Actually dari mula Universal Studio Singapore (USS) dibuka lagi berangan nak pegi sana. Tambah pulak bila ramai kawan-kawan yang dah sampai sana. Aduuh! Bertambah terbakar hati ni bila mana melihat gambar-gambar menarik dorang. Yang lagi terbakar kawan-kawan yang luar Johor pun dah sampai dulu dari saya dan suami yang kat Johor ni. Nampak tak betapa outdated nye kitorang ni. Haha.

USS ni dibuka dalam tahun 2010 which is 5 tahun yang lepas. Tengok tu, dah 5 tahun buka baru nk pegi. Kalau budak tu dah pandai baca satu buku cerita dah pon. Hehe. Itu lah dikatakan bila belom sampai seru, dekat macam mane pon tak kan sampai punya. *Alasan sgt..

USS ni actually within Resort World Sentosa Area. Resort World ni adalah kepunyaan Genting Group which is Goh Tong punya legasi macam tu la. Kalau dah namanya Genting tu agak sinonim dengan Malaysia. Nak kata bangga ada produk Malaysia kat Singapura..hmm..boleh la bangga tapi sebab tu semua dunia hiburan semata jadi tak de la nk bangga gila-gila kan. 

Ahad 14 Jun kami bergerak ke USS by car around 8pagi ikot Hiway Tuas. Bila tanya-tanya kawan-kawan yang dah biasa pegi dorg cakap lalu Tuas senang n cepat. Alhamdulillah hubby dulu keje Singapore and kat area Tuas, jadi hubby tau la selok belok jalan kat area Tuas nk ke Sentosa tu. Trip yang ni saya ajak adik bongsu ikot sbb ada extra 1 tiket due to kawan tak jadi nak ikot. Tup-tup mak kata ayah nak pun nak ikot. So, total all kami ber 5 termasuk Keemi. Keemi adalah org yang paling excited bila cakap nak bawak tgk dinosaur kat USS. Sepanjang perjalanan asek je tanya mane dinosaur..

GPS yang saya beli masa PC Fair dulu boleh pulak tiba2 tak berfungsi. Ingatkan tak ada bateri. Rupanya memang sah rosak sbb nampak kat skrin tu ada garis2 hitam. Aduhh, Agak bingung jgk kat situ. Kami sgt memerlukan GPS bila semua arahan dari kawan dah kami ikot tapi tak berjumpe jugak signboard 'USS'. Oh, untuk pengetahuan, signboard kat kota Singa ni agak kecik ye kawan-kawan. Simkad Singapore yang hubby ada pn belom di top-up jadi kami tak boleh nak guna wifi tru that Singapore line. Jadi hubby sebagai pilot tawakal je bawak. Sebenarnya dh nak sampai dah. Akhirnya hubby berenti tepi jalan and ask for direction and Alhamdulillah we've made it! Tapi...kesian ayah terpaksa menapak jauh sket sbb USS tu area East tp kami terparking area West!!

Pagi tu cuaca memang hujan renyai2. Ada hikmahnya kami park kat area West. Rupanya kami parking bawah Resort World Sentosa Convention Center dimana tempat utama untuk media Sea Games! Ada la banner besar yang kami boleh ambil gambar kenangan. Hehe. Dan kat situ juga Singapore Aquaria! So, next time boleh pegi la sbb dah tau. Dan yang paling best bila kami berjalan from block to block tanpa kena hujan dan dapat cuci mata kat designer boutique. Tak beli pn tak pe, dapat bau pon dah best. Haha. Cliché sgt!

At last 10.40am sampai lah kami semua kat Globe USS tu. Alhamdulillah tiket semua dah beli so kami just scan dan masuk je. 

Gambar wajib mcm semua buat

Tgk lah saya excited


Impressed!
Amazed!
Awesome!

Benda pertama nampak masa masuk

Pastu nampak Minion fevret Keemi


Tak tau nak guna ayat bombastik macam mane lagi bila jejak je kat main road USS tu. Mmg org kata ape, jaw dropping eh.. camtu la kot.. interior dia, mmg macm berada kat oversea. Mcm rasa kita tgh jalan kat kaki lima london,new york,US.. gitu la gamaknya. Walaupn saya sebenarnya mmg tak tau la cam ne rupe sebenar kaki lima oversea tu kan. Haha.

Pitstop pertama kami berenti is 

Madagascar!
Keemi takot sbb real punya binatang tu lebih besar dari ibu n baba



tgk muke pasti ke tak pasti yang dalam tu tak menakotkan..


Nasib la Keemi layan Madagascar sampai ibu dia nak muntah. Jadi tak sia2 la bawak dia ke situ sbb dia kena characters katun tu. Tak de la ibu excited sorang2..haha. Kami semua ber5 naik ride sampan slow smbil menikmati short story and action dalam terowong kejap gelap kejap cerah tu. Keemi mcm biasa la penakot. Tapi bila kita yakinkan dia tak ada ape2 yang takot, dia pun turunkan tangan dia dari menekup telinga dia tu.  Keluar je dari ride tu, happy! ok..next pitstop!


Pitstop kedua kami is
Far Far Away!
Tempat Shrek tu. Ha,katun ni Keemi tak berapa layan. Tapi dia kenal. Kat Far Far Away ni ada beberapa game n ride sebenarnya. Tapi kami main satu je sbb mata dah tertumpu kat Jurasic Park! Kami berlima sekali lagi naik ride kat Far Far Away ni. Katanya roller coaster biasa. Bila Keemi berdiri nk ukur tahap lepas atau tak tu, dia cukup syarat and lepas. Sekali naik roller coaster tu, mak ai! Lajuu wooo. Encik hubby mmg suke jerit mak jemah dia tu. Haha. Yang lawaknya ayah and adik kat depan sekali tu! Mesti org cakp salute pakcik tua ni. Hehe. Bila turun tanya ayah ok ke..ayah steady.

Ok, kita berenti kat sini dulu ye.. nnt saya sambung balik kisah pengalaman pertama ke USS.. 
Keep on reading ya!

Wednesday, May 6, 2015

Home! ~ Rumah Ku Syurga Ku..

Assalamualaikum..


Alhamdulillah! Finally kami balik rumah kami sendiri. Setelah berbulan jadi nomad. Nomad pun kat umah mak and mertua sendiri je pon. hehe. Tapi duduk umah orang tak sama perasaan ngn duduk umah kita sendiri kan?

Before this Keemi asek je cakap..

"Ibu..jom lah kita balik umah kita..."

Anak pn pandai minta balik umah sendiri. Hehe.

Setelah sekian lama asek balik malam due to kerja, now dah settle peak period and dah boleh balik keje quite on time la. So, tak de la lewat sangat sampai area umah. Sebelom ni balik keje pukul 10 malam ke atas, agak nerves jugak lah nak balik ke area sana malam2 berdua je ngan Keemi kan. Sebab tu amek keputusan nomad umah mak or mertua sementara. Hee..

Dulu pernah terfikir, boleh ke dok berdua je ngan Keemi kat umah sendiri. Siap tanya kawan2 yang pernah lalui benda tu. Ada sorang kawan ni cakap....

"Aku tawakal je Yatt ngn anak aku..Allah ada!"

So, kena lah amek semangat kawan tu. InshaAllah, lama2 nnt biasa la kan :)

Lgipun sampai bila tak nak duduk umah sendiri? Lagi lama kita tinggalkan, lagi la terbiar je umah kita tu kan. Nak tunggu dapat duduk dengan suami tersayang mmg tak tau la bila dapat duduk sama. Dah punca rezeki suami tersayang mcm tu kan, ape nak buat selain berdoa and sokong kerjaya suami. Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan gituww. Ceh! nak sedapkan atie je. Hehe.

Mak pun ada call sekali sekala tanya ok ke tak kat sana. InshaAllah nothing bad happen. Allah ada bersama kita!

Yang paling happy Keemi la! Tv dia punya..play area dia punya..waahh! Tak kesah la..janji dapor ibu jgn kacau! hahaha.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...